Pelancaran kedek polis sekolah sekolah selangor 1970


Pada hari ini dalam tahun 1970, diadakan satu pelancaran peringkat pertama Kadet Sekolah-sekolah di Negeri Selangor telah diadakan pada 2 Mac 1970.

Upacara ini telah disempurnakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Salleh bin Ismael. Sebanyak 56 buah sekolah, di negeri Selangor telah dipilih di peringkat yang pertama ini.



Para pelajar yang terlibat dalam kadet ini, akan diberi latihan jasmani dan akademik termasuk perkara-perkara mengenai budi pekerti dalam perkhidmatan polis, undang-undang serta tanggungjawab, tata rakyat, melindungi hak-hak manusia dan peraturan-peraturan Jalan raya serta perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas-tugas polis.

Berucap semasa melancarkan program ini Tun Mohamed Salleh menyifatkan Pasukan Kadet Polis di sekolah sebagai penawar dalam usaha menentang segala pengaruh jahat dan tidak sihat di kalangan penuntut di sekolah di negara ini.

Kesan daripada penubuhan pasukan kadet sekolah, hari ini kita dapat lihat lahirnya generasi-generasi yang berdisiplin dan bersemangat waja, serta memudahkan golongan pelapis pasukan polis di Malaysia.

Sumber: Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia